Nor Hairil Jasri

Nama saya Nor Hairil Jasri. Saya telah mengambil dadah sejak habis persekolahan. Sudah banyak kali saya berusaha untuk berhenti namun sering menemui jalan buntu. Setelah menyertai program Methadone ini barulah saya dapat berhenti sepenuhnya. Bersama CERiA, saya diberi kaunseling, bimbingan dan sebagainya. CERiA banyak membantu kepulihan saya. Saya telah pulih dari ketagihan sudah 12 tahun. Hidup saya lebih bererti dan bahagia, hidup bebas tanpa dadah.